Kalendar Fenomena Astronomi 2019

KALENDAR FENOMENA ASTRONOMI 2019 DI MALAYSIA

TARIKH
MASA
FENOMENA
JANUARI
3 - 4 Selepas tengah malam Pancuran Meteor Quadrantids dengan ZHR (zenith hourly rate) = 40.
Langit agak gelap pada ketika itu.
6 0928 Bulan baru
6 Sebelum Matahari terbit Zuhrah di Elongasi Paling Barat iaitu 47 darjah. Waktu terbaik untuk mencerap Zuhrah kerana berada di kedudukan paling tinggi di ufuk Timur sebelum Matahari terbit.
21 1316 Bulan Penuh. Bulan dalam jarak perigee 358,588 km; Supermoon.
FEBRUARI
5 0504 Bulan Baru
19 2353 Bulan Penuh. Bulan dalam jarak perigee 357,225 km; Supermoon terbesar bagi tahun 2019.
27 Selepas Matahari terbenam Utarid pada Elongasi Paling Timur iaitu 18.1 darjah. Waktu terbaik untuk mencerap Utarid kerana berada di kedudukan paling tinggi di ufuk Barat selepas Matahari terbenam.
MAC
7 0004 Bulan Baru
21 0558 Ekuinoks Musim Bunga
21 0943 Bulan Penuh. Bulan dalam jarak perigee 360,098 km; Supermoon.
APRIL
5 1650 Bulan Baru
12 Sebelum Matahari terbit Utarid pada Elongasi Paling Barat iaitu 27.7 darjah. Waktu terbaik untuk mencerap Utarid kerana berada di kedudukan paling tinggi di ufuk Timur sebelum Matahari terbit.
19 1912 Bulan Penuh
22 - 23 Tengah malam Pancuran Meteor Lyrids dengan ZHR=20. Kadar kenampakan sangat teruk disebabkan baru melepasi fasa Bulan Penuh.
MEI
5 0645 Bulan Baru
6 - 7 Tengah Malam Pancuran Meteor Eta Aquarids dengan ZHR=30.
19 0511 Bulan Penuh
28 1716 Istiwa' Azam. Kedudukan Matahari tepat di atas Kaabah.
JUN
3 1802 Bulan Baru
10 2311 Opposisi Musytari. Peluang terbaik untuk mencerap Musytari ketika berada pada kecerahan maksimum.
17 1631 Bulan Penuh
21 2354 Solstis Musim Panas
24 0659 Utarid pada Elongasi Paling Timur iaitu 25.2 darjah. Waktu terbaik untuk mencerap Utarid kerana berada di kedudukan paling tinggi di ufuk Barat selepas Matahari terbenam.
JULAI
3 0316 Bulan Baru
10 0012 Opposisi Zuhal. Peluang terbaik untuk mencerap Zuhal kerana Zuhar berada pada kecerahan maksimum
16 1728 Istiwa' Azam. Kedudukan Matahari tepat di atas Kaabah.
17 0531 Gerhana Bulan Separa
17 0538 Bulan Penuh
28 - 29 Tengah malam Pancuran Meteor Delta Aquarids dengan ZHR=20
OGOS
1 1112 Bulan Baru
9 0659 Utarid pada Elongasi Paling Barat iaitu 19 darjah. Waktu terbaik untuk mencerap Utarid kerana berada di kedudukan paling tinggi di ufuk Timur sebelum Matahari terbit.
12 - 13 Tengah malam Pancuran Meteor Perseid dengan ZHR=60. Kadar kenampakan agak teruk kerana bulan menghampiri fasa penuh
15 2029 Bulan Penuh
30 1837 Bulan Baru
SEPTEMBER
10 1418 Opposisi Neptun. Walaupun Neptun berada pada kecerahan maksimum, ia hanya kelihatan sebagai titik berwarna biru melainkan menggunakan teleskop berkuasa tinggi.
14 1233 Bulan Penuh
23 1549 Ekuinoks Musim Luruh
29 0226 Bulan Baru
OKTOBER
9 - 10 Tengah Malam Pancuran Meteor Draconids dengan ZHR=10
14 0508 Bulan Penuh
20 1159 Utarid pada Elongasi Paling Timur iaitu 24.6 darjah. Waktu terbaik untuk mencerap Utarid kerana berada di kedudukan paling tinggi di ufuk Barat selepas Matahari terbenam.
21 - 22 Tengah Malam Pancuran Meteor Orionids dengan ZHR=20
28 1138 Bulan Baru
28 1617 Opposisi Uranus. Uranus berada pada kecerahan maksimum. Namun hanya kelihatan sebagai titik yang cerah.
NOVEMBER
12 2134 Bulan Penuh
13 - 14 Tengah Malam Pancuran Meteor Taurid Utara dengan ZHR = 15. Kadar kenampakan teruk disebabkan bulan penuh.
17 - 18 Tengah Malam Pancuran Meteor Leonid dengan ZHR = 15.
26 2306 Bulan Baru
28 1759 Utarid pada Elongasi Paling Barat iaitu 20.1 darjah. Waktu terbaik untuk mencerap Utarid kerana berada di kedudukan paling tinggi di ufuk Timur sebelum Matahari terbit.
DISEMBER
12 1312 Bulan Penuh
13 14 Tengah Malam Pancuran Meteor Geminids dengan ZHR = 120. Kadar kenampakan agak teruk kerana gangguan cahaya bulan. Namun, kemungkinan masih terdapat meteor yang kelihatan kerana bilangan meteor yang agak banyak.
22 1219 Solstis Musim Sejuk
21 - 22 Tengah Malam Pancuran Meteor Ursid dengan ZHR = 10
26 1313 Bulan Baru
26 1318 Gerhana Matahari Anulus

 

Go to top